Home Pertahanan dan Keselamatan Angkatan Tentera Malaysia bentuk strategi ketenteraan baharu

Angkatan Tentera Malaysia bentuk strategi ketenteraan baharu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM hari ini menegaskan Angkatan Tentera Malaysia sedang giat melakukan penambahbaikan terhadap strategi ketenteraan sedia ada.

“Angkatan Tentera Malaysia sedang giat melakukan penambahbaikan Strategi Ketenteraan Negara (SKN) bagi mendokong aspirasi Kertas Putih Pertahanan dan Dasar Pertahanan Negara,

“Pengolahan semula ini adalah bertunjangkan kepada prinsip, konsep dan pendekatan ini akan lebih bersifat menyusuri konteks keselamatan dan pertahanan,” kata Panglima Angkatan Tentera semasa menyampaikan ucapan pada Perbarisan Hari Angkatan Tentera ke-87.

Menurut beliau, penambahbaikan ini juga akan memastikan ATM sentiasa berada di landasan yang betul dan sedikit berbeza dari strategi ketenteraan konvesional sedia ada.

“Ianya turut menumpukan kepada aspek pencambahan kekuatan (force design), pembangunan kekuatan (force development) dan pelarasan keupayaan (capability alignment),” jelasnya.

Tambahnya lagi, strategi ini juga akan mengambil kira peruntukan kewangan kepada ATM serta menepati persekitaran dan aspirasi negara agak pertahanan tanah air lebih bersifat Malaysia (Malaysianised).

Terdahulu, Affendi menyempurnakan Upacara Perbarisan Hari Angkatan Tentera di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi.

Perbarisan yag berkonsepkan perbarisan tempur statik ini melibatkan sebanyak 12 detasmen yang terdiri daripada 51 pegawai dan 907 anggota lain-lain pangkat dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Ianya dilaksanakan mengikut norma baharu dan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Acara ini juga turut diisi dengan Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara, Penyampaian Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera kepada wakil Petugas Barisan Hadapan COVID-19 serta Penyampaian Buku Pelan Anti Rasuah kepada panglima-panglima perkhidmatan ATM. – airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply