Home SemasaGlobal “Askar dah tak boleh berswafoto”

“Askar dah tak boleh berswafoto”

by M.Daim

MOSKOW, 21 Feb – Kerajaan Rusia memperkenalkan undang-undang baharu bagi melarang penggunaan telefon pintar dan media sosial di kalangan anggota tentera mereka. Parlimen Rusia, Duma, telah meluluskan rang undang-undang tersebut bagi membendung ketirisan maklumat ketenteraan di negara itu.

Rang undang-undang tersebut turut diberi nama jolokan “Undang-undang Anti Swafoto Tentera” di media barat.

Menurut kenyataan rasmi di portal Duma, undang-undang tersebut melarang sebarang penggunaan telefon pintar yang boleh menyimpan gambar, merekod video, menyimpan data geolokasi serta mempunyai akses internet.  Undang-undang tersebut turut merangkumi penggunaan tab dan laptop peribadi.

“Perkongsian data persendirian ketika masih berkhidmat akan membahayakan anggota tentera dan dan negara.

“Penggunaan peranti seperti telefon pintar dan tab adalah dilarang di kawasan operasi tentera, fasiliti dan kawasan yang diwartakan sebagai kawasan tentera,” jelas Parlimen Rusia.

Penguatkuasaan undang-undang tersebut melibatkan anggota tentera, anggota kerahan, kontraktor tentera dan rakyat Rusia yang menjalani latihan ketenteraan.

Selain daripada itu, anggota tentera yang masih berkhidmat dilarang mendedahkan maklumat tentang diri mereka dan juga rakan anggota tentera mereka, termasuk anggota yang telah bersara dan juga ahli keluarga mereka.

Antara maklumat yang dilarang untuk didedahkan adalah lokasi semasa pasukan tentera, rutin tugasan walaupun sesetengah maklumat tersebut tidak diklasifikasikan sebagai rahsia. Pada masa yang sama, perkhidmatan mesej dalam talian dan juga media sosial turut ditegah.

Sementara itu, BBC melaporkan penggubalan rang undang-undang tersebut adalah sebagai tindak balas kepada kebocoran maklumat pergerakan anggota tentera Rusia di beberapa medan konflik global melalui media sosial.

 

Related Articles

Leave a Reply