Home Semasa Papagomo tak serang Syed Saddiq, hanya salah paham – Timbalan KPN

Papagomo tak serang Syed Saddiq, hanya salah paham – Timbalan KPN

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 20 Feb – Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim mengesahkan tiada pergaduhan serius antara EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 16 Februari lalu.

Noor Rashid berkata, blogger yang lebih dikenali sebagai Papagomo itu yang direman tiga hari bagi membantu siasatan, akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

“Saya lihat dakwaan ini, saya dapati tidak begitu serius sehingga berlaku pergaduhan, berlaku silap faham… berlaku sikit tarik-menarik.

“Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, kira-kira pukul 3 petang Ahad, selepas dipercayai terbabit dalam insiden mencaci dan memaki Syed Saddiq selepas penamaan calon PRK DUN Semenyih, Sabtu lalu.

Dia ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, bahawa beliau dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu.

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply