Home Pertahanan dan Keselamatan Kemelut politik Selatan Filipina, TLDM siap siaga

Kemelut politik Selatan Filipina, TLDM siap siaga

by Noor Sheila Amin

LUMUT, 20 Feb  — Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany menyatakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi apa juga senario politik di selatan Filipina.

Menurut Reza, TLDM turut bekerjasama dengan Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan operasi bersepadu terutama di perairan timur Sabah, menerusi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Soal sama ada Undang-Undang Organik Bangsamoro (Bangsamoro Organic Law) itu diterima atau tidak diterima, kita sentiasa bersiaga di mana-mana terutamanya di perairan Sabah.

“Kalau nak tahu kita (TLDM) berada dekat dengan pulau-pulau itu (sekitar Sabah)… dengan (anggota) tentera daratnya lagi. Sekarang ni anggota di situ mencukupi, cuma kawasan itu terlalu luas namun terkawal,” katanya pada sidang media selepas

Tiada sebarang insiden atau kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku di perairan Sabah, jelasnya.

Jelasnya lagi,  kesiapsiagaan pihaknya di perairan Sabah selepas perkembangan politik terbaru di selatan Filipina baru-baru ini yang memberi kuasa autonomi kepada sebahagian besar kepimpinan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), tanpa penyertaan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Sementara itu, beliau berkata komuniti nelayan tidak perlu risau mengenai tahap keselamatan di perairan negara kerana rondaan sentiasa dijalankan di perairan Selat Melaka bagi mengelak sebarang ancaman dari negara asing.

Beliau berkata rondaan itu dapat diperluaskan lagi apabila enam kapal tempur pesisir pantai (LCS), yang kini dalam pembinaan, dan empat kapal misi persisir (LMS), siap dibina hujung tahun ini atau awal tahun hadapan, sekali gus memperketatkan pertahanan maritim negara.

“Kita (TLDM) memang ada di situ (Selat Melaka) 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di tempat tertentu (antaranya) di Selat Melaka, Selatan Selat Melaka, Laut China Selatan dan Sabah Timur. Saya rasa begitu juga dengan agensi-agensi lain,” katanya.

Beliau yang ditemui pada sidang media sempena Perbarisan Ulung Panglima Tentera Laut di Kapal Diraja (KD) Pelanduk, Pangkalan TLDM Lumut.

Perbarisan penuh istiadat tersebut, yang terdiri daripada 25 pegawai dan 636 anggota lain-lain pangkat, diadakan bagi meraikan lawatan Mohd Reza selepas mengambil alih jawatan Panglima Tentera Laut pada November tahun lepas.

Related Articles

Leave a Reply