Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Dana RM90 juta: Rakaman suara Nik Abduh isu kecil – Tuan Ibrahim

Dana RM90 juta: Rakaman suara Nik Abduh isu kecil – Tuan Ibrahim

by Air Times News Network

KOTA BHARU, 15 Feb – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti PAS menganggap isu rakaman suara anggota jawatankuasa pusatnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung penerimaan dana daripada UMNO sebagai isu kecil.

Menurut laporan Bernama, PAS menganggap isu dana RM90 juta yang didakwa diterima daripada UMNO itu telah selesai selepas semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akaun rasmi parti mendapati dana tersebut tidak wujud.

“Kami berterima kasih kepada SPRM yang membersihkan isu ini melalui siasatan, ternyata ia fitnah dan satu pembohongan kerana PAS tidak terlibat dengan isu ini.

“Begitu juga isu rakaman suara Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, kita anggap ia isu kecil,” katanya kepada pemberita selepas Forum Murabbi Ummah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad lV, di malam tadi.

Sebelum ini, sebuah portal berita yang memetik sumber SPRM melaporkan siasatan badan itu mendapati tiada dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun rasmi PAS.

Laporan itu juga menyebut penemuan adalah hasil penelitian SPRM ke atas akaun bank PAS dalam siasatan berhubung dakwaan pemimpin parti berkenaan menerima RM90 juta daripada UMNO.

Related Articles

Leave a Reply