Home SemasaGlobal Kontroversi Tugu Aung San di Myanmar

Kontroversi Tugu Aung San di Myanmar

by Noor Sheila Amin

YANGON, 13 Feb – Ribuan penunjuk perasaan di Timur Myanmar membantah  pembinaan tugu kontroversi Aung San di Kayah, yang dianggap wira kemerdekaan namun kurang disanjung etnik minoriti.

Memetik berita Reuters melaporkan, polis melepaskan peluru getah ke arah penunjuk perasaan, kata aktivis ketika bantahan meningkat berhubung sebuah patung baharu dilingkari kontroversi.

Struktur gangsa memaparkan bapa pemimpin awam de facto Aung San Suu Kyi, Aung San menunggang kuda didedahkan awal bulan ini di ibu kota negeri Kayah walaupun wujud bantahan keras.

Aung San secara meluas dihormati majoriti etnik Bamar (Burma) sebagai wira kemerdekaan atas peranannya dalam menentang penjajahan British.

Namun jeneral itu, yang dibunuh sebelum kemerdekaan pada 1948, kurang disanjung kebanyakan kumpulan minoriti, yang melihatnya sebagai simbol penguasaan Bamar.

Semalam, ribuan penunjuk perasaan berarak ke parlimen Kayah namun disekat polis dengan pakaian anti-rusuhan, berbaris di belakang gulungan kawat duri.

Seorang pemimpin protes, Myo Hlaing Win memberitahu AFP menerusi telefon, 10 orang cedera selepas polis melepaskan peluru getah ke arah penunjuk perasaan yang majoriti memakai pakaian tradisi merah.

“Mereka menyerang orang tidak bersenjata. Ia seharusnya tidak berlaku di bawah sebuah kerajan demokratik,” katanya.

Patung Aung San dirosakkan di negeri sempadan dan rancangan kerajaan Suu Kyi menamakan sebuah jambatan sempena namanya mencetuskan bantahan besar-besaran di negeri timur Mon pada 2017.

“Kami mahu membina patung wira kami sendiri, bukan Jeneral Aung Saun,” kata Hlaing Win.

Bantahan itu secara simbolik diadakan pada Hari Perpaduan, cuti umum untuk menyambut penyatuan negara.

Setakat ini 82 penunjuk perasaan ditangkap di Kayah sejak Julai lalu, apabila rancangan membina tugu diumumkan. Majoriti ditahan sejak dua minggu lalu.

 

Related Articles

Leave a Reply