Home SemasaGlobal Thai Raksa Chart patuhi perintah diraja

Thai Raksa Chart patuhi perintah diraja

by Noor Sheila Amin

“Memetik laporan AFP, Parti itu mematuhi arahan diraja, dengan penuh kesetiaan kepada Raja dan seluruh anggota kerabat diraja,” menurut kenyataan itu kepada wartawan.

Puteri berusia 67 tahun itu mengejutkan rakyat Thailand, apabila mengumumkan beliau bertanding sebagai calon perdana menteri, mewakili Thai Raksa Chart yang setia kepada bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Pembabitannya dalam politik turut memecah tradisi keluarga diraja Thailand, tetapi dijangka tidak mendapat pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya, susulan bantahan Raja Maha Vajiralongkorn.

Related Articles

Leave a Reply