Home Politik Zahid Hamidi akan kembali memimpin semula UMNO selepas ‘bercuti’

Zahid Hamidi akan kembali memimpin semula UMNO selepas ‘bercuti’

by Noor Sheila Amin

BAGAN DATUK, 8 Feb – Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan mengakui akan kembali memimpin semula Umno selepas tamat tempoh ‘bercuti’ tanpa memberitahu sebarang tempoh.

Menurut laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendedahkan cuti itu akan tamat apabila berlakunya satu peristiwa besar di negara ini.

“Saya akan bercuti sehingga satu tempoh saya kena menghabiskan cuti saya kerana mengikut kasyaf para ulama menyebutkan bahawa akan berlaku peristiwa besar di negara kita. Bila? Wallahualam.

“Apabila berlaku peristiwa besar itu, InsyaALLAH saya akan kembali memimpin Umno semula,” katanya.

Beliau ketika ditemui dalam satu forum bertajuk Kerjasama Umno & Pas Sejauh Mana…? anjuran Kelab Anak Muda Islam dan Pertubuhan Amal Pendakwah Bagan Datuk di Dewan Utama, Kompleks Umno Bagan Datuk, malam tadi.

Hadir sama sebagai tetamu pada forum tersebut, Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datuk, Misbahul Munir Masduki bersama moderator, Ahmad Faisalludin Yusof.

Related Articles

Leave a Reply