Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tiada ‘cover up’ dalam siasatan kes tumbuk anggota tentera – Mohamad Sabu

Tiada ‘cover up’ dalam siasatan kes tumbuk anggota tentera – Mohamad Sabu

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan Tentera Darat Malaysia sedang menyiasat dakwaan seorang pegawai kanan tentera yang menumbuk anggota bawahan seperti yang tular menerusi media sosial.

“Selaku Menteri Pertahanan, saya mengambil maklum. Pihak Tentera Darat sedang melakukan siasatan segera dan akan mengeluarkan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.

“Siasatan juga dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang ‘cover up’ dilakukan,” kata Mohamad dalam satu kenyataan rasmi di akaun media sosial Menteri Pertahanan, hari ini.

Beliau juga meminta semua pihak bersabar serta berhenti membuat dakwaan demi menjaga nama baik Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selasa lalu, satu rakaman video berdurasi seminit 10 saat tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai pegawai kanan tentera berpakaian preman menumbuk anggota yang lengkap bersenjata sedang mengawal pintu masuk kem tentera.

Namun anggota itu dilihat tidak melawan dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka.

 

Related Articles

Leave a Reply