Home Politik Calon ‘underdog’ mampu beri saingan – Pandian

Calon ‘underdog’ mampu beri saingan – Pandian

by Noor Sheila Amin

SHAH ALAM, 6 Feb -Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat calon kurang dikenali atau ‘underdog’ dijangka mampu memberi saingan dalam usaha meraih sokongan rakyat dalam PRK Dun Semenyih pada 2 Mac depan.

Memetik laporan Sinar Harian, menurut Pandian, calon berkenaan perlu berdepan dengan beberapa kekangan seperti aspek tenaga, jentera, dana dan beberapa perkara lain dalam usaha meraih sokongan rakyat terhadap mereka menjelang hari pengundian nanti.

Beliau berkata, perkara ini berbeza dengan calon yang mewakili parti politik memandangkan pihak berkenaan sememangnya sudah mempunyai kemampuan yang cukup khususnya dalam aspek logistik.

“Calon ‘underdog’ ini mampu untuk meraih sokongan dan bersaing dengan calon lain namun disebabkan kekangan tertentu, ia akan beri sedikit kekurangan kepada mereka, katanya.

Related Articles

Leave a Reply