Home SemasaGlobal Rakyat Malaysia ditahan seludup dadah RM161 juta

Rakyat Malaysia ditahan seludup dadah RM161 juta

by Noor Sheila Amin

Semua suspek warga Malaysia itu ditahan, awal bulan ini, dalam satu siasatan bersama dengan pejabat kastam dan Perkhidmatan Risikan Nasional (NIS).

Mereka didakwa cuba menyeludup 13.3 kilogram syabu dari Malaysia ke Korea Selatan menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae pada lima waktu berlainan mulai 27 Disember tahun lalu hingga 17 Januari lalu.

Menurut laporan, mereka membungkus antara satu hingga dua kilogram bahan terlarang itu pada punggung dan perut masing-masing dengan pembalut dan cuba melepasi lapangan terbang.

Kebanyakan daripada mereka dituduh bertindak sebagai keldai dadah atas arahan rangkaian dadah di Malaysia, katanya.

Pendakwa raya Incheon memulakan siasatan, bulan lalu, selepas dimaklumkan NIS bahawa sejumlah besar syabu diseludup dari Asia Tenggara ke Korea Selatan yang membawa kepada penahanan beberapa suspek di dua lapangan terbang terbabit.

Related Articles

Leave a Reply