Home SemasaGlobal Tiga lelaki serang balai polis, 9 maut

Tiga lelaki serang balai polis, 9 maut

by Noor Sheila Amin

Seorang penyerang meletupkan diri dan dua lagi melepaskan tembakan ke arah polis dan 800 calon yang mengambil peperiksaan menyertai pasukan itu, menyebabkan tiga anggota polis, lima kakitangan awam dan seorang calon terbunuh.

Dua puluh satu lagi termasuk 12 anggota polis dan sembilan calon cedera.

Anggota tentera dari Frontier Corps dikerah untuk membantu mengosongkan bangunan dan menghapuskan penyerang.

Menurut kenyataan tentera , ketika operasi bertindak balas, dua pengebom nekad ditembak mati dan kawasan itu selamat”.

 

Related Articles

Leave a Reply