Home Pertahanan dan Keselamatan Veteran ATM terima bantuan JHEV

Veteran ATM terima bantuan JHEV

by Noor Sheila Amin

MERSING, 29 Jan – Empat Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di daerah Mersing telah menerima sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) pada hari ini.

Menurut kenyataan JHEV ATM, Ketua Pengarahnya,  Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain Ahmad menyampaikan sumbangan  berupa kerusi roda dan katil. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada  Sulaiman Shupi dan Muhammad Zakaria yang masing-masing telah kehilangan kaki kanan akibat kencing manis dan gout.

Dzulkarnain juga meluangkan masa menziarah dua lagi veteran ATM, Roslan Hassan yang mengalami kemalangan dan Yunus Abdul Majid yang uzur serta kurang pendengaran.

Pada masa yang sama, Sesi Bicara Ketua Pengarah JHEV ATM diadakan bersama wakil-wakil daripada persatuan veteran ATM dari sekitar Mersing.

Tujuan sesi ini diadakan bagi mendapatkan input daripada veteran ATM mengenai permasalahan yang timbul dalam menjaga kebajikan ahli dan persatuan, menurut kenyataan itu.

“JHEV ATM sentiasa menjaga hal ehwal serta kebajikan veteran ATM dalam membentuk jaringan kerjasama strategik antara persatuan dan Jabatan bagi melahirkan persatuan veteran yang dinamik,” katanya.

Turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor diantara Mejar Hairi Muhamad bagi menggantikan Mejar Salman Sharif yang akan menghadiri kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply