Home Semasa ‘Ayah pesan jaga molek kilang budu cap ketereh ini’

‘Ayah pesan jaga molek kilang budu cap ketereh ini’

by Air Times News Network

TUMPAT, 26 Jan – Pengasas Budu Cap Ketereh, Ismail Jusoh, 69, sempat berpesan kepada anaknya supaya menjaga baik kilang budu yang diusahakan sebelum meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 8.05 malam selepas dimasukkan ke HUSM disebabkan tekanan darah rendah.

Anak Allahyarham, Mohd Izwan Ismail, 33, berkata arwah ayahnya dimasukkan ke HUSM sejak 8 Disember lalu.

“Keadaannya semakin lemah dan pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan ayah menghidap kanser darah tetapi masih di peringkat awal.

“Allahyarham menjalani rawatan kimoterapi awal Januari lepas, tetapi keadaannya semakin lemah mungkin disebabkan sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan jantung,” kata Mohd Izwan.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ketil jam 7.30 pagi tadi, hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Kamariah Husien, 65, dan lapan anak.

“Ayah pesan jaga molek kilang budu cap ketereh ini”, ujar Mohd Izwan.

Legasi Budu Cap Ketereh akan diteruskan oleh Mohd Izwan dan adik beradiknya memandangkan mereka sudah menceburi bidang ini dari awal lagi.

Related Articles

Leave a Reply