Home Semasa Pengarah sebuah syarikat direman sehingga jumaat ini- SPRM

Pengarah sebuah syarikat direman sehingga jumaat ini- SPRM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Jan-  Tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bergelar Datuk direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah serta tuntutan palsu dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Majistret Izza Zulaika Ruhanuddin membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan ketiga-tiga suspek itu sehingga jumaat ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek disyaki menerima rasuah daripada pembekal peralatan kilang berhubung pembelian mesin bagi operasi sebuah syarikat yang kedua-dua pengarah syarikat itu turut mempunyai saham.

Ketiga-tiga suspek juga disyaki terbabit dalam salah guna kuasa ke atas dana syarikat untuk kepentingan peribadi. Kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM semalam ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah syarikat bergelar Datuk berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari manakala seorang lagi suspek iaitu pengarah syarikat berusia 51 tahun pula kira-kira sejam kemudian. Suspek wanita yang juga ejen insurans berusia 29 tahun ditahan pada jam 2 petang.

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply