Home SemasaGlobal Serangan militan di Nairobi ragut 15 nyawa

Serangan militan di Nairobi ragut 15 nyawa

by Noor Sheila Amin

Kumpulan militan Somalia, Al Shabaab, didakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Menerusi laporan berita Reuters, bunyi tembakan masih kedengaran di sekitar kawasan kompleks mewah di 14 Riverside Drive di sini, kira-kira lapan jam selepas serangan itu berlaku, sekali gus menunjukkan pihak berkuasa masih gagal mengawal keadaan.

“Sekumpulan orang ramai masih berlindung di dalam kompleks berkenaan,” kata sumber keselamatan.

Seorang pekerja rumah mayat memberitahu Reuters, seorang lelaki warga Britain dan Amerika Syarikat adalah antara 15 mangsa yang terkorban.

Katanya, maklumat itu adakan berdasarkan dokumen pengenalan yang dimiliki ketika mayat mangsa terbabit dibawa ke rumah mayat Chiromo di sini.

“Sebelas lagi mangsa adalah rakyat Kenya, manakala dua lagi yang terbunuh tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan,” katanya.

Sementara itu, beberapa mangsa yang cedera dilaporkan masih terperangkap di dalam bangunan terbabit, kira-kira sebelas jam selepas serangan berlaku.

Menurut anggota kecemasan, kebanyakan daripada mereka memerlukan bantuan perubatan.

Related Articles

Leave a Reply