Home Semasa Sogokan duit PRK Cameron Highlands: Isu diserahkan kepada SPRM – KPN

Sogokan duit PRK Cameron Highlands: Isu diserahkan kepada SPRM – KPN

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Polis menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung aktiviti politik wang ketika kempen PRK Parlimen Cameron Highlands kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sudah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu beberapa hari yang lalu.

“Isu kewangan kita akan serahkan kepada SPRM, polis akan memberi tumpuan dan penekanan terhadap perkara yang membabitkan isu keselamatan.

“Buat masa ini, keseluruhan proses PRK berjalan lancar dan kita akan terus pantau sehingga ia tamat kelak,” katanya dalam sidang media selepas hadir Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman pada Isnin.

Di dalam majlis itu, Datuk T. Narenasagaran dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang menggantikan Datuk A. Thaiveegan yang bersara wajib.

Beliau menyerahkan tugas yang disandangnya kepada Timbalan Pengarah II, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Nerita Yaacob.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyarankan mana-mana pihak yang mempunyai bukti dan melihat secara langsung kegiatan politik wang ketika kempen PRK Cameron Highlands membuat laporan polis.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tular gambar seorang wanita yang memakai baju berlogo PH memberi wang kepada beberapa pemuda yang memakai baju sama di media sosial.

Gambar itu kemudian menerima pelbagai reaksi dan komen daripada warga netizen.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply