Home Politik Selepas Serah Kupon Mungkin Dapat Pengecualian Bayar PTPTN – Najib

Selepas Serah Kupon Mungkin Dapat Pengecualian Bayar PTPTN – Najib

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Print. Gunting. Serah. Tunjuk saja kupon-kupon ini di kaunter.

Itu kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika meminta pengundi-pengundi di Cameron Highland untuk menuntut janji kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu.

Beliau turut memuatnaik sekeping gambar berupa kupon dan meminta pengundi untuk menggunakan kupon tersebut semasa claim duit minyak.

“Ketiga-tiga ini adalah antara janji-janji yang sepatutnya ditunaikan Pakatan Harapan dalam 100 hari pertama mereka memerintah.

“Oleh kerana sudah lebih dari 200 hari mereka memerintah, janji-janji ini sudah masak tempoh untuk dituntut,” kata Najib di akaun media sosial rasminya.

“Selepas serah kupon, mungkin boleh dapat pengecualian untuk membayar PTPTN, boleh dapat kad peduli sihat yang memberi RM500 setiap tahun untuk kos perubatan di semua klinik swasta di Malaysia manakala saudara-saudari dari FELDA boleh dapat penghapusan hutang masing-masing dengan sepenuhnya.

“Tunjuk saja kupon-kupon ini di kaunter. Mana tahu boleh dapat atau tidak? Belum cuba, belum tahu,” ujar Najib

Related Articles

Leave a Reply