Home Pertahanan dan Keselamatan TLDM tidak berkompromi dalam isu salah laku, rasuah – Panglima Tentera Laut

TLDM tidak berkompromi dalam isu salah laku, rasuah – Panglima Tentera Laut

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang terlibat dalam kes-kes salah laku termasuk rasuah.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany dalam sidang media selepas menyampaikan Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut 2019 di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia pada hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai berita penangkapan 2 orang anggota TLDM oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, beliau menyatakan pihak TLDM bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak terbabit.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap kedua-dua anggota terbabit, Reza enggan mengulas lanjut kerana kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak SPRM.

Semalam, 3 individu termasuk 2 orang anggota TLDM ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bagi pembekalan langsir pasang siap yang bernilai kira-kira RM60,000.

Sebelum itu, Mohd. Reza menyampaikan Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut 2019 yang dihadiri oleh serama 400 orang anggota TLDM.

Dalam perutusan tersebut, beliau menyatakan 4 teras utama yang digariskan sebagai halatuju masa hadapan TLDM.

Empat teras tersebut adalah memberi keutaman kepada kesiagaan armada TLDM, membangunkan semula armada, meningkatkan integrasi dan sokongan kepada aspek kebersamaan serta menyediakan modal insan terbaik untuk memenuhi keperluan masa hadapan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply