Home Politik Beri ruang Tun Mahathir pimpin kerajaan selama tempoh dipersetujui – Anwar

Beri ruang Tun Mahathir pimpin kerajaan selama tempoh dipersetujui – Anwar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi ruang untuk memimpin kerajaan selama tempoh yang dipersetujui, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Beliau berkata perdana menteri mendapat sokongan padu Pakatan Harapan.

“Berjumpa dengan Tun Mahathir selama sejam. Tun M mesti diberi ruang untuk memimpin kerajaan selama tempoh yang telah kami persetujui.

“Beliau mendapat sokongan padu PH,” kata beliau menerusi mesej twitter serta memuat naik gambar bersama Dr Mahathir, semalam.

Perjumpaan Anwar Ibrahim bersama Tun Dr Mahathir yang dimuat naik melalui akaun twitter rasmi milik beliau semalam.

Ahad lepas, Dr Mahathir mengulangi bahawa beliau perlu akur kepada janjinya untuk hanya berkhidmat sebagai perdana menteri sementara meskipun terdapat gesaan supaya beliau terus menyandang jawatan itu sehingga pilihan raya umum akan datang.

Anwar turut mendedahkan bahawa beliau dan Dr Mahathir mempersetujui strategi yang sama berhubung isu Singapura selain memberi tumpuan terhadap ekonomi, lebih-lebih lagi berkaitan kemiskinan dan ketidaksamaan.

Anwar yang dinamakan sebagai pengganti Dr Mahathir berkata, beliau turut berkongsi dengan Dr Mahathir tentang pertemuannya baru-baru ini dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

Beliau juga meminta nasihat perdana menteri berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri India Narendra Modi minggu depan.

Related Articles

Leave a Reply