Home Semasa Kuarters tentera 4 RAMD terbakar

Kuarters tentera 4 RAMD terbakar

by Air Times News Network

IPOH, 31 Dis – Sebuah rumah di kuarters Tentera Kem Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Jalan Pahang, terbakar pagi tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian sekitar jam 8.50 pagi itu berlaku di tingkat empat kuarters berkenaan, walau bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Ahmad Hisyam Abdul Rahman, anggota yang tiba sebaik menerima panggilan pada jam 8.54 pagi mendapati, hampir 70 peratus terbakar.

Menurut sumber Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ketika kejadiaan isteri anggota berada di rumah dan api mula merebak dari bahagian dapur, berkemukinan berpunca dari dapur gas, namun tidak sempat membuat sesuatu dalam usaha memadamkan api kerana api merebak dengan cepat.

“Pihak Bomba Tapah tiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 0900. Usaha-usaha memadamkan api kebakaran telah dijalankan dan kebakaran dpt dikawal jam 0945,” katanya lagi.

“Operasi tamat pada jam 11.36 pagi,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply