Home Pertahanan dan Keselamatan PVATTBM sokong saranan swasta bantu veteran tentera

PVATTBM sokong saranan swasta bantu veteran tentera

by Air Times News Network

PADANG BESAR, 24 Dis – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) yakin pesara tentera mampu memberi sumbangan positif kepada syarikat swasta yang mengambil mereka bekerja, seperti yang disarankan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya, Ismail Abidin berkata anggota-anggota tentera diberi latihan kemahiran dalam bidang-bidang yang mereka minat sebelum berhenti atau bersara selain berpengalaman khususnya berkaitan hal keselamatan.

“Bagi persatuan ini, tidak rugi pihak swasta mengambil bekas-bekas tentera bekerja dengan mereka,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di sini hari ini.

Semalam, Tun Dr Mahathir didalam teks ucapannya yang dibaca oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mahu syarikat swasta lebih giat membantu kerajaan menjaga kebajikan veteran tentera dan anak mereka khususnya menerusi program penempatan pekerjaan.

Mohamad memberi ucapan semasa perasmian Majlis Konvokesyen Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Ke-52 di Wisma Perwira Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata, kerjasama dan sokongan pihak swasta serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan mengutamakan pesara tentera dan anak mereka mendapat pekerjaan akan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

 

Related Articles

Leave a Reply