Home Semasa “Kekalkan Waytha Moorthy”-Siti Kasim

“Kekalkan Waytha Moorthy”-Siti Kasim

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 24 Dis – Seramai 30 orang aktivis yang mewakili 211 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tanda sokongan kepada Senator P. Waytha Moorthy  untuk kekal sebagai Menteri Perpaduan.  Menteri di Pejabat Perdana Menteri.

Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, peguam dan aktivis sosial yang mewakili kumpulan itu menyuarakan bahawa Waytha tidak perlu dipersalahkan berikutan tragedi rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada November lalu.

“Kami harap Perdana Menteri tidak tunduk kepada desakan orang ramai yang menggunakan sentimen kaum dan agama untuk mengeruhkan lagi keadaan,” katanya di luar bangunan Perdana Putra, di sini.

Memorandum itu telah diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya.

Related Articles

Leave a Reply