Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Perajurit muda TUDM diingatkan jangan salah guna media sosial – Panglima TUDM

Perajurit muda TUDM diingatkan jangan salah guna media sosial – Panglima TUDM

by Air Times News Network

IPOH, 22 Dis – Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang hari ini mengingatkan kepada perajurit muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) supaya menggunakan jaringan media sosial dengan berhemah bagi mengelak perkara tidak sepatutnya.

Affendi berkata pada masa sama perajurit muda perlu mematuhi arahan dan peraturan semasa sedia ada.

“Laman sosial tidak seharusnya disalahguna oleh anggota tentera sehingga memudaratkan diri sendiri dan perkhidmatan,” katanya semasa ucapan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 59/2018 di Akademi Tentera Udara di sini hari ini.

Affendi turut menyentuh mengenai Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau dikenali sebagai CAP55 yang menurutnya merupakan satu pelan jangka masa panjang yang bermula pada tahun ini sehingga 2055 merangkumi penstrukturan semula aset ketumbukan dan sumber manusia bagi memastikan TUDM terus relevan dengan arus perkembangan geopolitik.

“Ini adalah bagi memastikan kesemua aset tempur TUDM sentiasa berada pada tahap optimum serta berupaya menjadi pemacu dalam transformasi kesiapsiagaan di peringkat strategik, operasional dan taktikal yang tersusun,” katanya.

Pada masa sama TUDM kini giat mengadakan program promosi bagi menarik lebih ramai penyertaan bukan Bumiputera dalam pasukan berkenaan kerana ia mampu memperkuat dan memperkukuhkan keupayaan, katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

“Kita (TUDM) sentiasa mengalu-alukan dan serta membuka ruang kepada perajurit muda dari bukan Bumiputera mengambil bahagian memasuki kerjaya sebagai seorang anggota tentera,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply