Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat rancang pembangunan kem di seluruh negara – Panglima

Tentera Darat rancang pembangunan kem di seluruh negara – Panglima

by Air Times News Network

PORT DICKSON, 21 Dis – Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata Tentera Darat (TD) mempunyai program perancangan pembangunan termasuk pembangunan kem TD di seluruh negara.

Hasbullah berkata kem Rasah di Seremban merupakan satu daripada kem sasaran untuk program pembangunan tersebut.

“Bagaimanapun, sama ada program itu akan dilaksanakan atau pun tidak, itu terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan.

“Apa yang kami nak buat merupakan satu penghijrahan iaitu untuk kebaikan dan ia mengambil kira keadaan semasa, keselesaan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintah Pasukan (KSPPP) siri 20/2018 di Institut Pegawai Kanan TD (INSPEKA) di sini, hari ini.

Katanya ATM dan TD dilihat merangkumi tiga aspek utama iaitu kesiagaan, pembangunan dan kualiti hidup.

Hasbullah berkata Kementerian Pertahanan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas iaitu jawatankuasa dasar yang membincangkan perkara mengenai kepentingan ketiga-tiga ketumbukan ATM (TD, TUDM dan TLDM).

“Jawatankuasa dasar ini dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan semua kami bincang termasuk kami bincang baru-baru ini ialah Defence White Paper, bagaimana kita melihat dasar pertahanan negara dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, seramai 36 pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri dari 33 pegawai TD, dua pegawai Tentera laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan seorang pegawai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) telah menamatkan kursus SPPP siri 20/2018 hari ini.

Kursus ini mula dilaksanakan semenjak tahun 1996 melalui Memorandum of Understanding (MOU) di antara Kementerian Pertahanan dan Universiti Malaya (UM).

Kursus yang telah bermula pada 3 Jan 18  ini telah menobatkan Lt Kol Norhelmi bin Ismail sebagai Penuntut Terbaik KSPPP pada siri kali ini.

Turut hadir Panglima Markas Latihan TD, Mejar Jeneral Datuk Wira Md Tajri Alwi; Komandan Inspeka, Brig Jen Dr A. Endry Nixon serta Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (UM) Prof Dr Che Ruhana Isa.

 

Related Articles

1 comment

Ilham 30 December 2018 - 4:42 pm

Perancangan yang Bagus dan terbaik. Satu saya nak sampai keluhan dri saya, agar sentiasa buat pemantauan kpda jl yg di tugaskan melatih pm. Agar tidak mgamalkan budaya paw dalam pusat latihan shgga melapor ke unit masing2x masih lagi kena paw. Mana lagi dgan latihan yg di berikan sgat mcbar, duit gji pun kena paw dgn org lama, so rsa da mcm tak berbaloi, asal buat silap sdkit, kena paw, nak senang kena ganti denda dgn wang ringgit. Tu yg se awal melapor unit da ada yg absent, run away. Harapan saya, agar budaya ni boleh di bendung. Demi kbaikan bersama.

Reply

Leave a Reply