Home Semasa “Tak bincang, main halau je!” – Timbalan Presiden BATAS Malaysia

“Tak bincang, main halau je!” – Timbalan Presiden BATAS Malaysia

by Air Times News Network

SETAPAK, 18 Dis – Kumpulan-kumpulan NGO Melayu berkumpul di tapak pusat jualan kereta terpakai Syaza Auto Trading pada pagi tadi bagi menyuarakan bantahan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mohamad Kamal Muhamad Noh, pemilik Syaza Auto Trading berkata mereka akan terus mempertahankan tapak pusat jualan kereta terpakai tersebut daripada diambil alih oleh DBKL.

“DBKL tidak datang untuk berbincang mengenai pengosongan tapak berkenaan,” katanya kepada pemberita di himpunan bantahan DBKL di hadapan premis Syaza Auto pada hari ini.

Mohamad Kamal Muhamad Noh, pemilik Syaza Auto Trading berkata akan tetep menpertahankan tapak pusat jualan kereta terpakai ini.

“Himpunan ini adalah hanya ingin menuntut satu perbincangan dengan pihak Wilayah Persekutuan, DBKL mahupun Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju.

“Tiada satu perbincangan dibuat dengan kami, tiba-tiba kami terima surat dihalau keluar. Tiada satu tempat untuk digantikan kepada kami.

“Bila dapat notis untuk dirobohkan, kami merasa amat kesal sebab kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang dipilih oleh kami,” kata Mohd Shabudin Bin Abu Hassan, Timbalan Presiden Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS Malaysia).

Beliau berharap ketiga-tiga pihak iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan, pejabat DBKL dan pejabat Ahli Parlimen untuk duduk bersama-sama dan berbincang dengan BATAS Malaysia, Persatuan Muay Thai Kuala Lumpur, Persatuan Penjaja-penjaja dan Syaza Auto yang berniaga disini.

“Kalau dihalau, dirobohkan dengan membawa pihak penguatkuasa, kami tetap akan pertahankan hak kami.

“Ini adalah tempat yang diteroka oleh peneroka-peneroka bandar terdahulu, kami hanya mewarisi apa yang ditinggalkan oleh orang-orang lama.

Mohd Shabudin Bin Abu Hassan, Timbalan Presiden Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS Malaysia).

Dimana hak kami peneroka bandar? Adakah kami akan dihalau begitu sahaja? tegasnya lagi.

Memetik laporan Sinar Harian semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan roboh ke atas pusat jualan kereta terpakai yang didirikan secara haram atas tanah kerajaan sejak lebih 12 tahun lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, berkata tindakan itu susulan beberapa notis pengosongan tapak yang dikeluarkan sebelum ini gagal dipatuhi pengusaha terlibat.

“Premis yang didirikan ini telah menghalang laluan masuk ke taman tersebut. Tapak tersebut juga akan digunakan untuk dijadikan tempat letak kereta dan laluan masuk utama taman berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply