Home Semasa Bertarung nyawa 21 hari, Adib akhirnya pergi jua

Bertarung nyawa 21 hari, Adib akhirnya pergi jua

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) yang cedera diserang perusuh pada 27 November lalu, Muhammad Adib Mohd Kassim, telah dilaporkan meninggal dunia.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Hajah Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara.

Kesihatan Allahyarham dilaporkan semakin merosot semenjak tengah hari semalam.

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah dipukul oleh perusuh ketika cuba memadamkan kebakaran di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu.

 

 

 

Related Articles

1 comment

Kes Adib: NGO desak Peguam Negara letak jawatan, pembunuh dibawa kemuka pengadilan – Air Times News Network 15 January 2020 - 6:49 pm

[…] Artikel berkaitan: Bertarung nyawa 21 hari, Adib akhinya pergi jua. […]

Reply

Leave a Reply