Home Pertahanan dan Keselamatan Bajet Kementerian Pertahanan ditambah kepada RM15 bilion

Bajet Kementerian Pertahanan ditambah kepada RM15 bilion

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Peruntukan Belanjawan 2019 bagi Kementerian Pertahanan kini ditambah selepas Kementerian Kewangan menyalur peruntukan tambahan di bawah Belanjawan Mengurus sebanyak RM1.45 bilion.

Dengan penambahan itu, peruntukan Belanjawan 2019 bagi Kementerian Pertahanan kini berjumlah RM15.37 bilion.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan semalam, pertambahan peruntukan ini sepertimana diumum Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada 19 November  lepas.

Ini bermakna perbezaan Belanjawan 2019 berbanding 2018 yang memperuntukkan sebanyak RM15.49 bilion adalah satu peratus secara keseluruhan.

“Kementerian Pertahanan akan menyusun semula keutamaan perbelanjaan dengan beberapa langkah seperti mengkaji semula skop dan kos kontrak serta mengamalkan perbelanjaan berhemah tanpa memberi kopromi kepada isu-isu keselamatan, kesiapsiagaan aset ketenteraan, kebajikan dan kesejahteraan warga ATM termasuk keluarga mereka dan veteran,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan lagi adalah bagi mengulas pertanyaan Senator Datuk Razali Idris pada sesi soal jawab Dewan Negara pada Khamis lepas, serta keraguan sesetengah pihak bahawa peruntukan belanjawan bagi Kementerian Pertahanan telah menurun berbanding tahun 2018.

Peruntukan asal Kementerian Pertahanan berdasarkan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 adalah berjumlah RM13.918 bilion, iaitu sebanyak RM10.27 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM3.64 bilion bagi Belanja Pembangunan.

Related Articles

Leave a Reply