Home Pertahanan dan Keselamatan 164 graduan Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia terima Diploma

164 graduan Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia terima Diploma

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong telah menyempurnakan majlis penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 47/2018 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM hari ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya menyatakan, KPSM adalah kursus anjuran Maktab Turus Angkatan Tentera iaitu sebuah institusi Iatihan tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia yang bertaraf ISO 9001:2008.

Kursus ini disertai pegawai tentera yang terpilih dari ketiga-tiga perkhidmatan (TD, TLDM dan TUDM), pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pegawai tentera dari negara sahabat yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Para graduan yang berjaya menerima Sijil ‘psc’ (Passed Staff College) dan Diploma Pascasiswazah Kajian Strategik dan Pertahanan. Program ini juga telah dibangunkan dengan kerjasama MTAT-UPNM sejak tahun 2012, dalam kenyataan hari ini.

Seramai 164 graduan telah berjaya menamatkan kursus yang mengambil masa selama 49 minggu bermula dari 9 Januari 2018 sehingga hari ini.

Peserta didominasi dengan penuntut daripada Tentera Darat iaitu seramai 79 orang, TLDM dan TUDM masing-masing 19 penuntut, APMM seorang dan peserta dari luar negara seramai 46 orang terdiri daripada 27 buah negara.

Anugerah Lembaga MTAT bagi Siri 47/2018 dinobatkan kepada Mejar Norazlan bin Abu bagi Penuntut Kursus Tempatan Terbaik Keseluruhan, manakala Mejar Teo Zhi Yang dari Singapura bagi Peserta Kursus Luar Negara Terbaik Keseluruhan.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; Dato’ Halimi Abd Manaf, Panglima-Panglima Perkhidmatan, warga ATM serta ahli keluarga penuntut kursus.

 

Related Articles

Leave a Reply