Home Semasa Kementerian Pengangkutan Malaysia cabar Singapura dedah dokumen

Kementerian Pengangkutan Malaysia cabar Singapura dedah dokumen

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 10 Dis –  Kementerian Pengangkutan Malaysia hari ini telah mendesak Singapura untuk mengeluarkan dokumen perbincangan dan rundingan berkaitan dengan ILS Seletar dari Pihak Penguasa Penerbangan Malaysia (CAAM) kepada Pihak Penguasa Penerbangan Singapura (CAAS) .

Perkara itu dijelaskan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak kementerian pada hari ini.

“Kami menyambut baik usaha Singapura untuk membuktikan ketelusan dalam isu ILS Seletar dengan mendedahkan dokumen-dokumen tersebut,” kata pihak Kementerian Pengangkutan.

Namun begitu, pihak kementerian memaklumkan pendedahan dokumen oleh Singapura tidak mencukupi kerana melibatkan bbeberapa dokumen sahaja.

Pada 4 Disember lalu, pihak Kementerian Pengangkutan Singapura telah mendedahkan 3 dokumen berkaitan isu ILS Seletar yang berupa memo mesyuarat dan salinan emel kepada media.

“Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia meminta pihak Kementerian Pengangkutan Singapura untuk mendedahkan yang dihantar oleh CAAM kepada CAAS yang dibuat pada pada tahun ini,” kata pihak kementerian.

Kenyataan tersebut turut menyenaraikan tarikh-tarikh surat yang dihantar oleh pihak CAAM kepada CAAS iaitu pada 9 Oktober, 15 November, 21 November dan 28 November pada tahun ini.

Pada masa yang sama, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia bersedia untuk mendedahkan kesemua surat-surat tersebut kepada umum sekiranya pihak Singapura gagal berbuat demikian.

“Kami telah bersedia untuk mendedahkan keempat-empat surat tersebut kepada umum,” jelas pihak kementerian.

 

Related Articles

Leave a Reply