Home Semasa Isu Pertindihan Maritim: Kenapa Kementerian Pertahanan berdiam diri? – Hishamuddin

Isu Pertindihan Maritim: Kenapa Kementerian Pertahanan berdiam diri? – Hishamuddin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini membidas sikap berdiam diri oleh pihak Kementerian Pertahanan Malaysia dalam isu pertindihan sempadan maritim Malaysia-Singapura.

Beliau menyatakan perkara tersebut di akaun Twitter rasminya.

“Belum ada kata putus yang kukuh oleh Kementerian Pertahanan Malaysia, terutamanya oleh Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan,”kata Hishammuddin.

Beliau turut menyatakan bahawa menteri dan kabinet Singapura bersatu dalam isu pertindihan maritim tetapi Timbalan Menteri Pertahanan sebaliknya mengambil langkah untuk mengorek isu lama yang secara tidak langsung merosakkan  telah hubungan Malaysia dengan negara-negara Timur Tengah.

“Kabinet Singapura sebulat suara untuk menyokong negara mereka dalam isu ini tetapi Timbalan Menteri Pertahanan masih terlalu sibuk dan fokus kepada isu lama yang sudah dijelaskan dan sekaligus merosakkan hubungan baik dengan rakan strategik pertahanan Malaysia,” tambah Hishammuddin.

Beliau menyeru pihak Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan untuk berhenti menuding jari akan isu lama yang sudah dijelaskan dan sepatutnya Kementerian Pertahanan memberikan fokus kepada isu semasa yang dihadapi.

“Cukuplah mencari salah. Ambil langkah untuk memimpin dan berikan fokus kepada penyelesaian isu pertindihan perairan dengan Singapura dan isu-isu lain,”jelas Hishammuddin.

Antara isu-isu lain yang dimaksudkan oleh beliau adalah isu veteran, pengurangan bajet pertahanan semasa, diplomasi pertahanan dan keselamatan negeri Sabah.

Beliau turut bercadang untuk membangkitkan kesemua isu yang dinyatakan kepada Jawatankuasa Pilihan bagi mendapatkan penjelasan oleh Kementerian Pertahanan sekiranya tiada sebarang jawapan diberi.

Related Articles

Leave a Reply