Home Pertahanan dan Keselamatan MKN ada kuasa hantar tentera ke luar negara? – Arshad Raji

MKN ada kuasa hantar tentera ke luar negara? – Arshad Raji

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Kumpulan Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) mengesa bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein untuk menjelaskan bagaimana penghantaraan tentera ke luar negara boleh mendapat kelulusan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kami mohon Hishammuddin untuk menjelaskan peruntukan mana dalam Akta MKN yang menyatakan majlis itu diberi kuasa untuk mengerahkan tentera ke luar negara dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang terlibat dalam peperangan dengan negara lain?

“Adakah beliau cuba mengatakan bahawa MKN adalah pihak yang kuasa untuk mengerahkan angkatan tentera ke luar negara?” soal Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mahukan jawapan daripada Hishammuddin sama ada kabinet, parlimen, dan jawatankuasa panglima-panglima boleh dilangkaui.

Isu tersebut timbul awal minggu ini apabila Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong mendedahkan di Parlimen bahawa ATM membantu pakatan tentera Arab di bawah Ops Yaman 2 tanpa kelulusan Kabinet.

Beliau turut menyatakan penglibatan Malaysia adalah terhad kepada sokongan taktikal dan logistik untuk Arab Saudi, bukannya operasi kombatan.

Hishammuddin bagaimanapun tidak menjawab secara langsung sama ada sama ada tindakan Malaysia memberikan sokongan logistik kepada pakatan tentera Arab itu perlu mendapat kelulusan Kabinet.

MKN diperkenalkan pada 1971 susulan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 sebagai menggantikan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Pada Ogos 2016, MKN dijadikan akta selepas Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 diluluskan.

Undang-undang itu memberi kuasa kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan “zon keselamatan” dengan, dengan perintah berkurung akan dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam akta itu yang menunjukkan MKN mempunyai kuasa berhubung kerahan tentera di luar negara.

Related Articles

Leave a Reply