Home Pertahanan dan Keselamatan Irwan Serigar bukan lagi Mejar Jeneral Kehormat

Irwan Serigar bukan lagi Mejar Jeneral Kehormat

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Pentauliahan pangkat Mejar Jeneral Kehormat dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah tamat berkuat kuasa 31 Mei 2018.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan pada Rabu berkata penamatan tauliah berkenaan telah dibuat melalui mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-564 yang bersidang pada tarikh itu.

“Ia menjelaskan penyandang tauliah kehormat boleh dengan secara sukarela memohon supaya tauliahnya dibatalkan atas sebab-sebab peribadi.

“Tauliah kehormat boleh juga ditamatkan apabila pegawai berkenaan tidak lagi menjawat jawatan yang membawa tauliah kehormat tersebut,” kata kenyataan itu.

Pangkat Mejar Jeneral Kehormat kepada Mohd Irwan Serigar diberi atas jawatan beliau yang dilantik sebagai ketua setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan pada 30 Oktober 2015.

“Oleh itu, tauliah tersebut tamat selepas Mohd Irwan Serigar tidak lagi memegang jawatan ketua setiausaha Perbendaharaan,” menurut kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply