Home Semasa Skandal 1MDB akan dimasukkan dalam silibus mata pelajaran sejarah Malaysia – Maszlee

Skandal 1MDB akan dimasukkan dalam silibus mata pelajaran sejarah Malaysia – Maszlee

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan dalam silibus mata pelajaran sejarah Malaysia.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik memberi jaminan mengenai perkara itu yang bertujuan memberi peringatan kepada generasi muda agar tidak diulangi.

“Begitu juga dengan jenayah besar yang dilakukan ahli politik dalam menyamun, begitu juga sejarah yang menyaksikan khazanah telah disamun oleh pemimpin akan dimasukkan dalam sejarah juga,” katanya pada sesi persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini pagi tadi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan dari Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian).

Ahmad Maslan ingin tahu sama ada kumpulan sekolah swasta terutama sekolah persendirian Cina mengambil mata pelajaran sejarah dan tajuk serta fakta sejarah yang menjadi kontroversi di negara ini.

Related Articles

Leave a Reply