Home Semasa Selesai isu kuil menerusi meja rundingan – Muhamad Sabu

Selesai isu kuil menerusi meja rundingan – Muhamad Sabu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Semua pihak seharusnya menghormati undang-undang dan menyelesaikan pertikaian yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman dengan cara yang baik, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu semalam.

Mohamad Sabu percaya dengan perbincangan bersama melibatkan semua pihak terbabit, ia dapat menyelesaikan pertikaian berlaku di kuil tersebut yang menjadi punca kepada rusuhan awal pagi semalam (Isnin).

“Dengan kebijaksanaan semua pihak yang terlibat, saya yakin perkara ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan dengan mengambil langkah terbaik bagi kepentingan semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya berada dalam kawasan Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Justeru itu beliau menggesa semua pihak bertenang dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat terhadap apa yang berlaku sehingga boleh mewujudkan keresahan di kalangan masyarakat.

“Pertikaian yang berlaku di kuil tersebut juga berada di dalam kawasan Parlimen Kota Raja perlu ditangani secara baik dan mengikut proses undang-undang sewajarnya.

“Saya telah dimaklumkan bahawa insiden ini tiada kaitan sama-sekali dengan isu perkauman dan agama. Saya yakin bahawa pihak keselamatan akan mengambil langkah yang wajar untuk memastikan keselamatan dan keamanan sentiasa dipelihara,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply