Home Semasa Isu Aurat: Hormati pilihan atlet kita – Syed Saddiq

Isu Aurat: Hormati pilihan atlet kita – Syed Saddiq

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq hari ini meminta semua pihak agar menghormati pilihan atlet dalam isu aurat ketika bersukan.

“Hormati pilihan wira dan wirawati kita. Jangan ganggu mereka,” kata Syed Saddiq akaun Facebook rasmi beliau.

Beliau menyatakan perkara tersebut berikutan cadangan oleh kerajaan Terengganu untuk melaksanakan peraturan pakaian sukan yang menutup aurat kepada atlet beragama Islam yang mewakili negeri itu.

“Ada atlit yang menghubungi saya secara peribadi dan saya bertanggungjawab untuk mempertahankan mereka kerana mereka (atlet) adalah aset negara,” katanya.

Syed Saddiq turut menyuarakan kebimbangan beliau terhadap peraturan tersebut yang boleh memberikan kesan kepada sukan tertentu seperti gimnastik, renang, dan bina badan.

“Terdapat ramai atlit beragama Islam telah menyumbangkan banyak pingat kepada negara melalui sukan seperti gimnastik dan bina badan,”

“Azizul Hasni Awang, wira sukan basikal negara adalah dari Terengganu dan telah mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa walaupun pakaian sukan beliau adalah sedemikian rupa,

“Saya akan tetap bertegas untuk mempertahankan hak mereka,” kata Syed Saddiq.

 

Related Articles

Leave a Reply