Home Pertahanan dan Keselamatan 13 Briged ESSCOM tahan 67 PATI di Lahad Datu

13 Briged ESSCOM tahan 67 PATI di Lahad Datu

by Admin

LAHAD DATU, 21 Nov – Seramai 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan di Tanjung Labian dekat sini ketika menyusup masuk ke negara ini,

Panglima 13 Briged (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Brig Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad, berkata PATI yang ditahan itu terdiri daripada 35 lelaki, 13 wanita dan 19 kanak-kanak yang berumur antara empat hingga 50 tahun.

“Kejayaan ini adalah hasil rondaan pasukan operasi Op Pasir Pesisir Pantai di bawah naungan 13 Briged (ESSCOM) iaitu Batalion 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RTD),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Arman berkata turut dirampas 17 bot dengan 16 daripadanya adala bot pam dan nilai rampasan dianggarkan RM25,500.

Beliau berkata kesemua PATI dihantar ke Balai Polis Lahad Datu untuk tindakan lanjut. –BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply