Perintah reman bagi tempoh sama turut dikenakan kepada isteri suspek yang berusia 28 tahun itu bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Siasatan terhadap suspek yang bekerja sebagai tukang gunting itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Media sebelum ini melaporkan, pasangan suami isteri tersebut ditahan selepas Zara, meninggal dunia dua minggu lalu selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah impak tumpul pada kepala yang mana tempurung kepalanya pecah dan terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan.

Selain itu, terdapat kesan koyakan baharu pada selaput dara selain dubur mangsa dipercayai akibat penderaan seksual.