Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Panglima TLDM puas hati tayangan filem ‘Paskal The Movie’

Panglima TLDM puas hati tayangan filem ‘Paskal The Movie’

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin amat berpuas hati dengan sentuhan pengarah filem Paskal The Movie, Adrian Teh kerana berjaya menghasilkan filem itu.

Setelah 42 tahun berkhidmat dengan TLDM, Ahmad Kamarulzaman yang akan bersara pada akhir November, turut menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kerana menitahkan kejayaan misi menumpaskan lanun Somalia di Teluk Aden itu wajar dibukukan dan jika boleh dibuat filem agar ia terpahat dalam sejarah TLDM.

“Saya ucapkan syabas kepada rakan strategik TLDM iaitu syarikat AsiaTropical khasnya pengarah dan penerbit filem ini kerana semua pembikinan filem berkenaan adalah dirancang dan mengambil peluang latihan-latihan yang diadakan,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berbangga filem itu telah menembusi pasaran luar negara bermula dengan Singapura dan bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Brunei, Turki dan juga China.

“Syabas kepada anggota Paskal TLDM yang sama-sama terlibat membuat aksi berbahaya dan khas yang memerlukan mereka terlatih dan berkelayakan melakukannya kerana mereka ini adalah pelakon di belakang tabir,” katanya. -Bernama

Related Articles

Leave a Reply