Menurut kenyataan PKB, syarikat usahasama antara I(amp)P Group Sdn Bhd, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Tabung Haji (TH), tanah berkenaan telah diperuntukkan untuk pembangunan.

Sementara menunggu untuk dibangunkan, tanah itu dipajakkan kepada MCA pada 2004 selama 15 tahun berakhir 31 Okt tahun ini, dan MCA telah dimaklumkan bahawa penggunaan tanah itu adalah bersifat sementara dan mereka akhirnya perlu mencari kediaman tetap sendiri untuk menjalankan operasi.

“PKB hanya meminta supaya tanah itu dikembalikan sebaik sahaja tamat tempoh pajakan dan MCA diberi notis yang mencukupi berhubung tujuan ini kerana pemaju berhasrat untuk memulakan pembangunan tanah itu.

“MCA juga mempunyai sejumlah hutang dengan PKB setakat ini,” menurut kenyataan itu.

Perkara itu kini dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara.

PKB turut meminta MCA menghormati terma dalam perjanjian pajakan dan mengembalikan penggunaan tanah itu kepada pemilik yang sah sebaik sahaja tamat tempoh. – Bernama