Home PolitikBarisan Nasional Ahmad Zahid sekali lagi ke SPRM Putrajaya

Ahmad Zahid sekali lagi ke SPRM Putrajaya

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menuju ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini, untuk diambil keterangan buat kali keenam berhubung siasatan kes seleweng dana sebuah yayasan.

Menurut sumber SPRM, semalam, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, diminta hadir di bangunan SPRM itu pada 3 petang.

Media melaporkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dalam kenyataannya mendakwa Ahmad Zahid Hamidi sudah diberikan notis serah diri semalam dan Ahli Parlimen Pagoh itu diminta untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Lokman turut mendakwa Ahmad Zahid berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah pada hari esok.

Ahmad Zahid diminta ke ibu pejabat SPRM tiga kali berturut-turut minggu lepas selepas berbuat demikian sebanyak dua kali pada Julai lepas.

SPRM kini menjalankan siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarga Ahmad Zahid, yang juga pengerusi yayasan itu, yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply