Home Semasa SOP serbuan khalwat akan diperkemas ikut tatacara Islam sebenar

SOP serbuan khalwat akan diperkemas ikut tatacara Islam sebenar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Prosedur operasi standard (SOP) bagi penguatkuasaan aktiviti khalwat akan ditambah baik dengan mengambil kira pendekatan yang mengikut tatacara Islam sebenar termasuk melindungi ruang dan mengelakkan aib pada mangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penguat kuasa perlu mengikut prosedur tertentu yang lebih jelas bagi mengelakkan kesilapan termasuk yang bertujuan menganiaya seseorang.

“Apa yang kami mahu lakukan ialah tambah baik kelemahan. Bukan dapat maklumat dan terus serbu. Pelaksanaan serbuan tidak sempurna banyak kelompongan. Saya di sini mahu memperbaiki SOP, dari segi teknikal.

“Ada kes-kes tertentu yang melibatkan serbuan khalwat sedangkan mereka adalah pasangan suami isteri… ia sesuatu yang mengaibkan,” katanya selepas menjadi tetamu Dialog dengan tajuk ‘Rahmatan Lil A’lamin di Malaysia’ di Universiti Malaya, malam tadi.

“Saya tidak ada statistik kesalahan penguatkuasaan. Apa yang saya boleh katakan banyak salah guna, dan terdapat banyak aduan. Perlu jaga prinsip, jangan mengintip dan aibkan orang,” katanya.

Mujahid berkata SOP sedia ada berdasarkan aduan tetapi menegaskan bahawa sebarang serbuan perlu mempunyai bukti kukuh sebelum dilakukan. – Bernama

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply