Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Tiger Gold tingatkan hubungan dua hala Tentera Darat Malaysia dan British

Eksesais Tiger Gold tingatkan hubungan dua hala Tentera Darat Malaysia dan British

by Air Times News Network

SRI AMAN, 11 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat British (TDB) mengadakan latihan bersama menerusi Eksesais Tiger Gold 2018.

Panglima 3 Briged Infantri, Brig Jen Mohd Bustaman Mat Zin bersama Penasihat Pertahanan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Kolonel Stephen James Hall telah eksesais ini di Padang Kawad Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu DiRaja (13 RAMD), Kem Pakit semalam.

Objektif eksesais ini adalah untuk menguji fungsi kawalan pemerintahan di peringkat batalion dan kompeni infantri dalam operasi gabungan.

Ia juga untuk meningkatkan keupayaan kedua-dua pihak bagi melaksanakan operasi dalam konteks operasi menentang gerila dan meningkatkan kerjasama hubungan dua hala di antara TDM dan TDB.

Eksesais ini dilaksanakan mulai 8 hingga 28 Oktober merupakan latihan bilateral di antara TDM dan TDB yang julung kali dilaksanakan pada tahun ini.

Latihan yang dikelolakan oleh formasi 3 Briged merangkumi latihan silang, latihan ikhtiar hidup dan latihan penyesuaian di 13 RAMD, Kem Pakit, di sini.

Manakala latihan medan (FTX) akan dilaksanakan di Kawasan Am Hutan Simpan Lubuk Antu.

Seramai 350 anggota 13 RAMD, bersama-sama 120 anggota TDB, 31 anggota Rejimen 511 Askar Wataniah (AW) dan 30 anggota 11 RAMD (sebagai musuh latihan) akan terlibat secara langsung dengan eksesais ini.

Konsep latihan adalah Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) dalam situasi hutan dan muka bumi Malaysia, yang melibatkan atur gerak pasukan 13 RAMD, 1 Kompeni TDB dari 2nd Battalion The Royal Gurkha Rifles dari Seria Camp, Brunei selain satu Platun Rejimen 511 Askar Wataniah (AW) sebagai pelaku biru.

Mereka akan menentang satu kumpulan musuh pelaku merah dari Batalion Ke-11 RAMD.

Related Articles

Leave a Reply