Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Latihan bersama TLDM-Maritim Malaysia tingkat kesefahaman tangani ancaman

Latihan bersama TLDM-Maritim Malaysia tingkat kesefahaman tangani ancaman

by Nurulhuda

LUMUT, 1 Okt – Eksesais bersama antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mampu meningkatkan hubungan diplomatik dan persefahaman terutama dalam menangani ancaman keselamatan maritim di perairan negara.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Aliyas Hamdan berkata fungsi kedua-dua agensi yang berbeza dapat dikoordinasikan menerusi latihan bilateral sekali gus memantapkan lagi komunikasi terutama ketika menjalankan operasi penguatkuasaan.

“Fungsi Maritim Malaysia dan TLDM berbeza. Maritim Malaysia melakukan kerja menyiasat dan mendakwa manakala TLDM menangkap (penjenayah) dan menyerahkan untuk membantu kita.

“Ia banyak isu undang-undang dan kita berharap dengan latihan bersama ini objektif utama untuk meningkatkan kerjasama dan kesefahaman aset masing-masing dapat disampaikan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Eksesais Carilamat dan Anti Rompakan Maritim di Pusat Teknikal Maritim di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply