Home Semasa Sabah kaji semula projek Pan Borneo – Peter Anthony

Sabah kaji semula projek Pan Borneo – Peter Anthony

by Nurulhuda

Lahad Datu, 30 Sept – Kerajaan Negeri Sabah sedang mengkaji semula pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Insfrastruktur Datuk Peter Anthony.

Menurut beliau kajian semula itu bagi membolehkan penstrukturan baharu dilaksanakan pada masa terdekat.

Semua pelaksanaan ini akan dikemukakan sepenuhnya kepada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sabah ekoran berlakunya ketirisan, katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Sayangi Lahad Datu @Silam di Lahad Datu, Sabtu malam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Baru Bian berkenaan kelewatan pelaksanaan Projek Pan Borneo sehingga 36 peratus.

Anthony berkata kementeriannya telah menghantar surat permohonan kepada Kementerian Kewangan dan percaya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sudah maklumkan kepada Perdana Menteri berkenaan masalah ini.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga bercadang untuk mengeluarkan pembabitan Syarikat Borneo Highway (BHP) PDP Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai kordinator untuk pelaksanaan projek lebuhraya itu dan akan diambil oleh Jabatan Kerja Raya dibawah Kementerian Infrstruktur Sabah. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply