Home PolitikBarisan Nasional Ambil tindakan ahli keluar UMNO – Pemuda

Ambil tindakan ahli keluar UMNO – Pemuda

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Pemuda Umno mendesak pucuk pimpinan mengambil tindakan tegas terhadap bekas pemimpin dan wakil rakyatnya yang meninggalkan parti.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanding atas nama parti sebelum ini.

“Pemuda Umno dengan ini mendesak pucuk pimpinan agar mengambil tindakan tegas buat petualang-petualang ini.

“Termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanding atas nama parti, memanfaatkan jentera parti dan menggunakan wang parti sebelum ini, akhirnya sanggup curang kepada akar umbi,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2018, di Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Katanya, sekarang merupakan waktu terbaik untuk melihat pemimpin yang benar-benar setia kepada perjuangan Umno.

“Setia kepada perjuangan bukan hanya di waktu berkuasa atau di saat dilimpahi kesenangan. Tetapi setia yang sejati adalah di saat Umno sedang diuji dengan pelbagai mehnah dan dugaan.

“Bukan seperti segelintir pimpinan yang telah meninggalkan kita di kala Umno dilanda badai. Kononnya lompat kerana prinsip perjuangan, kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang…kami tahu sebab-sebabnya,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply