Home SemasaGlobal Operasi ketenteraan di Syria akan diteruskan – Netanyahu

Operasi ketenteraan di Syria akan diteruskan – Netanyahu

by Noor Sheila Amin

BAITULMAQDIS, 26 Sep – Israel akan meneruskan operasi ketenteraan di Syria, selepas Russia mengumumkan negara itu akan membekalkan sebuah anti pesawat kepada sekutunya itu, kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu,

“Kami akan terus bertindak untuk menghalang tindakan tentera Iran di Syria dan akan meneruskan kerjasama ketenteraan antara Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan tentera Russia,” katanya.

Perdana menteri Israel ketika ditemui sebelum berlepas ke New York, bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Terdahulu Russia mengumumkan bahawa negara itu akan membekalkan pesawat anti peluru berpandu, S-300 kepada Syria dalam tempoh dua minggu, walaupun mendapat bantahan daripada Israel.

Pengumuman itu dibuat seminggu selepas Moscow menuduh Israel menjadi dalang insiden jet tentera Russia di Syria.

Related Articles

Leave a Reply