Home SemasaGlobal Trump, Moon tandatangan perjanjian perdagangan bebas

Trump, Moon tandatangan perjanjian perdagangan bebas

by Noor Sheila Amin

NEW YORK, 25 Sep – Presiden Donald Trump dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in telah menandatangani perjanjian pertama perdagangan bebas A.S.-Korea Selatan, ketika menghadiri perhimpunan tahunan United Nation (UN)  di New York semalam.

Menurut Trump  “perjanjian terbesar” dan mengatakan perjanjian baru itu akan meningkatkan penambahbaikan penting untuk mengurangkan defisit perdagangan antara negara-negara dan mewujudkan peluang baru untuk mengeksport produk Amerika ke Korea Selatan.

Trump berkata automibil A.S., farmaseutikal dan produk pertanian akan mendapat akses yang lebih baik ke pasaran Korea.

Moon berkata syarikat dari kedua-dua negara akan dapat menjalankan perniagaan di bawah keadaan yang lebih stabil.

Pemimpin Korea Selatan juga berkata beliau berharap perjanjian yang disemak semula dengan A.S. akan membantu memperkukuhkan kerjasama mereka di kawasan lain.

Related Articles

Leave a Reply