Home Pertahanan dan Keselamatan Melaka nilai semula sumbangan kepada veteran tentera dan polis

Melaka nilai semula sumbangan kepada veteran tentera dan polis

by Nurulhuda

AYER KEROH, 24 Sept – Kerajaan Melaka akan mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan kadar bantuan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis, bermula tahun depan.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata kerajaan negeri ketika ini dalam proses mengkaji semula kadar bantuan sewajarnya untuk veteran ATM dan polis, termasuk dalam pemberian pingat.

“Kita akan lihat semula peningkatan jumlah sumbangan itu kerana kita tahu veteran ATM dan polis dari faktor usia, memang memerlukan bantuan.

“Malah, sebahagian mereka ada pencen dan ada yang tiada. Jadi, faktor kebajikan harus dilihat walaupun keseluruhannya di bawah tanggungjawab Kerajaan Persetujuan. Kita (kerajaan negeri) juga akan bantu.

“Saya yakin akan ada peningkatan jumlah sumbangan tahun depan, termasuk dalam pemberian pingat,” katanya selepas Majlis Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat negeri di Seri Negeri, hari ini.

Yang turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Adly berkata, tahun ini, kerajaan negeri mengekalkan nilai sumbangan sebanyak RM50,000 kepada veteran ATM dan RM20,000 kepada pesara polis seperti yang sudah ditetapkan.

Related Articles

Leave a Reply