Home Semasa Liwat 9 pelajar, pengetua tahfiz ditahan

Liwat 9 pelajar, pengetua tahfiz ditahan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacop berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 September.

Beliau berkata perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.

“Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada pengadu berkenaan mengenai perlakuan suspek berusia 30 tahun yang merupakan pengetua pusat tahfiz itu.

“Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya dalam kenyataan.

Zainuddin meminta kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kes berkenaan diminta melaporkan kepada PDRM untuk mendapat tindakan sewajarnya.

“Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat   dan negara ini terus terjamin,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber polis, kesemua sembilan pelajar berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Pada masa ini, kesemua pelajar yang terlibat telah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply